Visi Matlamat Jaspat International

Kebanyakan negara kini terlibat atau akan melibatkan diri dalam perjanjian perdagangan antarabangsa, bekerja untuk kebaikan ekonomi negara masing-masing, dari arah atas ke bawah.

*Tetapi hanya beberapa organisasi perdagangan dan korporat yang benar-benar mendapat manfaat dan menikmati kejayaan kerjasama ekonomi yang memberangsangkan.

Faktanya adalah kekayaan sebenarnya dipegang oleh hanya beberapa orang: hanya 5 orang di dunia memiliki kekayaan yang sama dengan jumlah lebih dari separuh penduduk dunia – 3.7 bilion orang! Jumlah jutawan meningkat pada kadar seorang setiap dua hari diantara Mac 2016 dan kenaikan yang besar ini mampu menamatkan kemiskinan global sebanyak 7 kali!

Kemajuan ekonomi kini sedang berjalan menuju ke arah industri yang berorientasikan teknologi yang kurang bergantung kepada manusia, seperti AI (Kecerdasan Buatan), ROBOTS, Automasi Penuh, dan lain-lain.

*Begitu juga, hanya beberapa organisasi dan syarikat korporat yang mempunyai modal dan teknologi benar-benar menikmati keuntungan kejayaan ini. *Kekayaan lumayan yang dihasilkan oleh produktiviti yang lebih tinggi sebaliknya diberikan kepada para pemilik teknologi tersebut.

Jack Ma : “ AI dan robot akan menamatkan banyak peluang pekerjaan, kerana pada masa depan semua pekerjaan akan dilakukan oleh mesin. ”

McKinsey Global Institute menganggarkan bahawa separuh dari semua pekerjaan mampu menjadi automatik menjelang tahun 2025.

Dalam poll pendapat dari YouGov, tiga suku daripada orang dewasa Jerman, dua pertiga daripada orang British dan lebih dari separuh rakyat Amerika percaya bahawa Orang KAYA menjadi LEBIH KAYA, dan orang MISKIN menjadi LEBIH MISKIN dalam ekonomi kapitalis, jadi menimbulkan kerumitan sosial yang semakin meningkat.

INCLUSIVE SHARING
ECONOMIC MODEL
NETWORK CONSUMING
PEOPLE HELPING PEOPLE
PROFIT-SHARING
DISTRIBUTION CONCEPT

KONSEP PENGAGIHAN KEUNTUNGAN-PERKONGSIAN

kami percaya ini adalah cara sistem ekonomi yang betul dan cekap di mana ia harus berfungsi untuk mengagihkan semula kekayaan supaya setiap individu mempunyai pendapatan yang adil dalam ekonomi:

Apabila majoriti penduduk mampu menjana pendapatan yang bukan sahaja untuk kehidupan sendiri, tetapi juga cukup untuk perbelanjaan, duit akan mengalir dengan deras dan ekonomi akan berkembang maju!

Orang yang memiliki hartanah kecil dan simpanan yang sedikit dan tanpa sumber nasional dan peribadi, ramai orang ditinggal jauh daripada peluang yang memang hanya tersedia untuk beberapa orang elit yang kaya. Kebanyakan dari kekayaan yang dicipta sejak krisis 2008 sudah dimiliki oleh orang yang kaya. Peluang ekonomi tidak sepatutnya disimpankan untuk hanya beberapa orang yang mempunyai hak istimewa.

Data PBB mendedahkan kebenaran yang merisaukan : jika kita tidak mengubah cara bagaimana kekayaan dihasilkan dan diedarkan, kekacauan politik yang melanda dunia sejak kebelakangan ini hanya akan berganda,

Walaubagaimanapun, JASPAT International berfungsi dari arah bawah keatas, keuntungan BUKAN SAHAJA BAGI ORANG TERATAS, TETAPI JUGA MAJORITI ORANG YANG BERADA DI KATEGORI YANG MISKIN!

Penerima Nobel Laureate Robert M. Solow : “ Sains ekonomi harus mengajar kami bukan sahaja cara untuk menjadi lebih kaya, tetapi juga untuk berkongsi kekayaan dengan sama rata di kalangan kita.”

Kita hidup dalam masyarakat yang semakin berbelah bahagi, di mana kontrak sosial yang menyatukan kita selama ini menjadi semakin Dengan cara ini, ia akan menghasilkan pendapatan dan wang yang lebih dari mencukupi bukan sahaja untuk menjaga diri sendiri, keluarga kita, rakyat negara kita, tanah air kita, tetapi juga untuk rakyat yang kurang berkemampuan dan untuk kebaikan umat manusia secara keseluruhan.

Dengan prinsip INSAN MEMBANTU INSAN di mana JASPAT International berfungsi dengan arah dari bawah ke atas, di mana

  • JASPAT International mampu membantu setiap individu untuk mencapai kebebasan kewangan;
  • di mana JASPAT International boleh membantu keluarga mencapai peningkatan kewangan;
  • di mana JASPAT International dapat membantu sektor perniagaan mendapatkan lebih banyak jualan dan menjana keuntungan yang lebih tinggi;
  • di mana JASPAT International dapat membantu kerajaan meningkatkan kutipan cukai untuk membina negara yang lebih baik;
  • di mana JASPAT International mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mengumpulkan lebih banyak dana amal kebajikan sosial.


Sejak tahun 1997 …..Kami Impikan dan Percaya jika kita BERKONGSI SAMA RATA, Dunia Ini mampu ada Makanan yang mencukupi; Air Bersih yang mencukupi; Sumber Asli yang mencukupi; Perumahan yang elok; Sistem Perubatan yang Baik dan terutamanya – TIADA Pergaduhan, TIADA Konflik dan TIADA Peperangan! PBB mengemukakan Laporan Kemanusiaan Data Dunia dan Trend menjelang akhir tahun, ia memberi tumpuan kepada keadaan semasa krisis kemanusiaan, dan pendorongnya. Tiada sesiapa dari kami di komuniti kemanusiaanhairandengan melihat satu perkataan yang muncul berulang kali dalam laporan tahun ini : KONFLIK. Menurut PBB, terdapat 402 konflik yang berlaku di seluruh dunia sekarang. Kami sedang menyaksi suatu puncak yang menakutkan selama 25-tahun dalam keganasan global. Pada tahun 2015, kos keganasan dunia berada dalam $13.6 trilion. Seterusnya , pada tahun 2016, harganya telah meningkat sebanyak $14.3 trilion, atau 12.6% dari GDP global. Dua puluh tahun yang lalu, 80% bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang yang menghadapi bencana alam. Sekarang, 80% dari bantuan kecemasan diberikan kepada orang yang terancam oleh keganasan konflik. Merisaukan juga, jumlah nombor orang yang tidak sihat kerana kekurangan khasiat di seluruh dunia telah meningkat kepada 40 juta sejak dua tahun yang lalu. Setiap malam, 815 juta orang tidur dalam keadaan kelaparan. Baru-baru ini juga PBB memberi amaran bahawa 20 juta orang berada dalam kategori risiko mati kelaparan. Sebab utama? KONFLIK!Lagipun, anda tidak mampu memberi anak-anak anda makan jika ada seseorang memegang senjata berdiri di antara anda dengan makanan yang anda perlukan, atau kerja yang anda lakukan untuk mendapatkan duit demi membelinya. 65.6 juta orang berada dalam keadaan mencari perlindungan, mereka terpaksa berpindah dari rumah mereka untuk mencari tempat yang selamat. Konflik adalah punca utama kemiskinan dan kelaparan yang melampau.

JASPAT International telah mengambil langkah untuk menerajui pergerakan holisktik BERKONGSI SAMA RATA dan mesej kami kepada semua adalah :- dengan begitu banyak objektif holistik untuk mencapai Kemanusiaan, kami harus menjemput orang yang mahu memperbaiki keadaan dunia secara ikhlas dan dengan tangan dan hati yang terbuka, bergabung bersama kami dalam menyatukan setiap aspek sumber, tanpa mengira besar atau kecil, semua perniagaan, sektor swasta, masyarakat sivil, dermawan, pakar, kerajaan tempatan dan serantau untuk bersatu bersama, PERUBAHAN transformasi akan berjaya.. Sudah tiba masanya kita bersatu dan mendorong antara satu sama lain untuk menuju ke arah sebuah misi untuk membaiki semula masyarakat yang berpecah. Dengan kerjasama antarabangsa, ia boleh mengiktirafkan kekuatan di pelbagai segi, kuasa perkongsian yang kukuh, dengan semua faedah yang diperoleh apabila negara berjiran bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama dengan Satu Usaha Bekerjasama.

Jack Ma : ”Kita harus mempunyai hati yang baik dan bertanggungjawab melakukan sesuatu yang baik. Juga memastikan semua perlakuan yang telah dibuat adalah demi masa depan.

DAFTAR / LOG MASUK